Monday, November 20, 2006


hmm...apa lagi yg kita nak katakan tentang diri kita?sebenarnya kita ni lebih suka memencilkan diri dan melihat orang lain sebagai bahan tatapan untuk kita menilai apakah yg kita cuba tafsirkan pada seseorang itu.dah dekat beberapa bulan kat tempat baru ni pun kita masih cuba untuk menyesuaikan diri namun masih jua ada seakan garisan pemisah antara kita dan mereka.
Kita rasa untuk menjadi seseorang yg survivor,perlu ada sifat self concious,berani untuk merapati,berpotensi untuk menjadi seseorang yang berkeyakinan dan paling penting ialah jujur pada diri sendiri.Mungkin bukan semua boleh menerima kita seadanya tetapi kita harus menerima diri kita dahulu dan baru mencuba untuk menerima yang lain pula.pernah tak terasa dengan mulut2 yg jenis puaka tu?mungkin ada yg boleh menerima dgn tenang,ada pula yg cepat terasa dan ada yg jenis endah tak endah saje.apa pun bagi kita,manusia kategori ini tak payahlah di layan sangat perangainya.Cuma jika ianya berlarutan atau keterlaluan,mungkin harus diselesaikan dengan cara yg sepatutnya.Kita hanya mahu apa yg kita impikan selama ini dan mungkin ianya boleh di capai sekiranya kita mahukan dengan usaha dan kemahuan yg tinggi.Kita mahukannya setelah melihat dengan apa yg kita perhatikan selama ini.

No comments: